RSS

Friday, November 20, 2009

Tudung Kilang Baru VS. Tudung Kilang Lama???

Salam..

Jika bercakap ttg Tudung Bawal, kebanyakkan (walaupun tidak semua) pengguna tahu bahawa kebiasaannya terdapat dua jenis kain yang terdapat dipasaran. Di Kelantan, ianya lebih dikenali dgn "Kilang Baru" atau "Kilang Lama".

Sebagai pembuka bicara, pihak kami ingin memberi sedikit info kepada penggemar Tudung Bawal ttg perihal "Tudung Kilang Baru" vs. "Tudung Kilang Lama"..

Untuk pengetahuan semua, permulaan Tudung Bawal dihasilkan adalah bermula di satu kilang di Thailand yang dikenali oleh penduduk setempat sebagai "Kilang Lama".. Tudung yang dihasilkan di "Kilang Lama" ini adalah menggunakan Kain Bawal yang bermutu tinggi dari Jepun (juga dikenali sebagai Bawal No.1).. Karektor kain bawal ini adalah seperti berikut:

1) Sedikit keras tetapi tidak terlalu keras seperti kain cotton.
2) Senang dibentuk (tidak mudah jatuh dibahagian atas tudung).
3) Boleh dibasuh menggunakan mesin basuh (tidak mudah koyak).
4) Tidak mudah berlubang (lebih2 lagi dibahagian ikatan kerongsang).
5) Warna tidak mudah luntur.
6) Harga lebih mahal berbanding Kain Kilang Baru.

Berlainan pula jika dibandingkan dengan tudung yang dihasilkan di "Kilang Baru". Untuk tudung ini, kebiasaannya kain yang digunakan adalah Kain Bawal dari India. Karektor kain bawal ini pula adalah seperti berikut:

1) Lembut (berbanding kain kilang lama).
2) Nipis dan susah untuk dibentuk.
3) Tidak boleh dibasuh menggunakan mesin basuh (mudah terkoyak).
4) Mudah berlubang dibahagian ikatan kerongsang.
5) Harga yg lebih murah berbanding Kain Kilang Lama.

Namun demikian, kedua-dua jenis tudung ini mempunyai penggemar-penggemarnya yang tersendiri bergantung kepada pemakai itu sendiri. Namun bagi mereka yang tidak biasa dengan Tudung Kilang Baru atau Lama, berhati-hati lah dalam memilih tudung anda dan janganlah tertipu.

Untuk koleksi-koleksi tudung bawal kami, kami akan menyediakan kedua-dua jenis tudung tersebut dan akan dinyatakan dengan terperinci jenis kain (kilang baru atau lama), sulaman, manik, labuci dan lain-lain yang berkaitan dengan produk kami.

Sekian dulu untuk kali ini.. Terima kasih dan wassalam..

0 comments:

Post a Comment